"Aku tak pernah sakit. Setakat stress, letih, pening sikit-sikit tu biasa la.... Jadi aku takde masalah. Sihat walafiat je".
Kenyataan di atas merupakan kenyataan yang biasa kita dengar daripada ramai orang. Bila tidak ada sakit maka mereka beranggapan sihat walafiat.
Ramai orang beranggapan bahawa ketiadaan penyakit yang serius atau tidak kerap sakit bererti mereka berada dalam keadaan sihat walafiat. Anggapan yang popular ini ialah tanggapan salah yang melampau. Menurut satu kajian, kurang daripada 20% orang awam pernah berasa benar-benar bertenaga semasa bangun pada waktu pagi.
Dalam realiti, kebanyakan orang memang jauh daripada keadaan kesihatan 'yang terbaik'. Paling baik pun, kita mungkin berada pada keadaan 'separuh/separa sihat':
- Mudah menjadi letih
- Cepat marah dan tidak dapat menumpukan perhatian
- Pening kepala dan insomnia
- Sakit belakang dan bahu yang berterusan
- Ketidakhadaman atau kurang selera makan
- Mudah dijangkiti penyakit selsema, batuk dan flu
Ini mungkin bukan penyakit yang serius tetapi ia merupakan tanda amaran daripada tubuh kita yang menunjukkan adanya perubahan metabolisma sel. Jika dibiarkan melarat tanpa kawalan, sel-sel tersebut akan mudah terkena jangkitan seterusnya diserang pelbagai penyakit bahaya yang kronik.
Kita boleh, dan selalu mendapatkan kelegaan yang sementara untuk sesuatu simptom dengan menggunakan dadah dan ubat-ubatan, tetapi ia hanya bertujuan merawat simptom tersebut, bukan punca masalah. Dalam jangka panjang, kita mungkin menghadapi pelbagai kesan sampingan daripada perubatan tersebut dan kadang-kadang membentuk keimunan terhadapnya sehingga kita memerlukan ubat yang lebih kuat selepas itu.
Kita boleh terus menerima konsep perubatan moden dan mengabaikan hubungkait antara penyakit dengan pengambilan makanan berkhasiat. Tetapi perbuatan ini hanya seperti mengatasi simptom penyakit dan menyelesaikannya secara permukaan sahaja tanpa memberikan perhatian kepada masalah akar umbinya. Akhirnya, ini akan menyebabkan penyakit tersebut muncul semula atau dalam bentuk yang lebih serius lagi.
Hal ini telah dijelaskan oleh satu statistik di Amerika Syarikat. Penyakit jantung berlaku setiap 20 saat dan kematian akibat kanser pada kadar setiap 10 saat. Oleh itu, adalah jelas bahawa walau betapa maju pun dalam bidang perubatan, kita masih perlu berlumba untuk mengawal pertambahan kes dan kekompleksan masalah kesihatan.



No comments:
Post a Comment