Testimoni ELKEN SPIRULINA - Rahsia Kecantikan & Kecergasan Zahnita Wilson


"Selepas melahirkan cahaya mata kedua, saya perlu berusaha gigih untuk mengembalikan kecantikan demi kerjaya seni. Jujurnya saya sendiri bukanlah seorang yang terlalu berdisiplin di dalam pengambilan makanan. Kadang-kadang ada juga saya ambil makanan segera. Oleh demikian untuk memberi keseimbangan terhadap apa yang saya makan, saya akan ambil vitamin untuk kebaikan diri. Produk yang saya gunakan tentulah Elken Spirulina.

Jika anak-anak tidak sihat pula saya akan risau. Jadi untuk membantu anak-anak saya menambah nutrien yang seimbang memandangkan mereka jarang makan sayur jadi saya juga berikan anak-anak saya Elken Spirulina."

Zahnita juga sempat berkongsi rahsia kecergasan yang diamalkan walaupun sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata.

"Selain rajin ke spa kecantikan saya juga amat mementingkan penjagaan kesihatan. Ini kerana saya percaya jika dalaman kita sihat, badan akan cergas sekali gus luaran kita akan nampak cantik. Oleh sebab itu, sejak melahirkan anak pertama saya mula membaca dan peka terhadap hal yang berkaitan dengan kesihatan tubuh badan", terang Zahnita yang cukup jelita.

Zahnita Wilson, Artis

Unknown

Riwayat dari Usamah ibn Syuraik, beliau berkata:
"Aku berada di sisi Rasulullah, tiba-tiba datanglah beberapa orang Arab Badwi dan mereka berkata: ‘Ya Rasulullah adakah kami diizinkan berubat?’ Rasulullah bersabda: ‘Wahai hamba-hamba Allah, berubatlah kerana sesungguhnya Allah tidak meletakkan sesuatu penyakit melainkan Allah meletakkan ubat untuknya kecuali satu sahaja!’ Mereka bertanya: ‘Apakah itu ya Rasulullah?’ Nabi Muhammad bersabda: ‘Penyakit tua(mati)’."

Hadis riwayat Imam Bukhari, Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, An-Nasai dan Tirmizi

No comments:

Post a Comment